seismik

[VIDEO] "Tersentuh Anjing?"- Dr Veterinar Ini Kongsi Cara Mudah Sertu Dengan Dua Step Saja

Selama ini ingat susah, rupa-rupanya mudah kan?

Cover image via @drima_vet (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ada yang di sini merupakan veterinar ataupun perlu melakukan pekerjaan yang menyentuh anjing bukan?

Bagi kaum Muslim, kita perlu menyertu sehingga suci atau bersih jika tersentuh anjing. Kebanyakan dari kita sering menganggap proses sertu itu sukar bukan? Sebenarnya ia sama sekali tidak sukar. 

Baru-baru ini tular video di laman TikTok yang memaparkan seorang wanita yang bekerja sebagai veterinar mengajar cara sertu dengan mudah menarik perhatian netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Menyertu dengan hanya dua step saja

Menerusi video yang dimuat naik oleh @drima_vet, kelihatan dia sedang mengajar proses menyertu setelah memegang anjing. 

Apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah proses tersebut memang sangat mudah. Mula-mula, tadah tangan dengan air tanah. Dia memakai jenama Claymiff hand sanitizer. 

Kemudian, gosokkan dan sapu telapak tangan yang terkena najis berat sehingga rata. Setelah itu, bilaskan tangan menggunakan air paip sebanyak 6 kali. 


"I learnt a lot from TikTok rather than school" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen berterima kasih dengan Dr ini kerana perkongsian ilmu yang bermanfaat. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 324K tontonan, 42K tanda suka dan 600 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Terima kasih Dr atas perkongsian ini. Yay, dah boleh dah pegang anjing comel lepas ni! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: