seismik

Tular Video Budak Lelaki Ini Rajin Tolong Ibunya Berniaga Buat Netizen Sejuk Hati. Comel!

Dah la comel pula tu!

Cover image via @founderqueenoil (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mesti ada di antara kita yang keluarganya berniaga untuk menyara hidup bukan?

Sebagai contoh, berniaga menjual makanan dan minuman di restoran. Perkara ini tidak semudah yang disangkakan. Pelbagai kerja dan cabaran perlu dihadapi. 

Baru-baru ini tular video di TikTok apabila seorang anak lelaki rajin menolong ibunya mengemas pinggan dan mangkuk mencuri perhatian netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Rajin tolong ibunya berniaga, siap simpankan pinggan dan mangkuk

Menerusi video yang dimuat naik oleh @founderqueenoil di laman TikToknya, kelihatan dia sedang berada di restoran tersebut. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia merakam gelagat seorang anak lelaki yang membantu ibunya mengemas pinggan, mangkuk dan cawan setelah pelanggan selesai makan di restorannya. 

Malah, kanak-kanak lelaki itu mengajak dia bermain bersama-sama apabila terkantoi merakam gelagatnya. 

"Nampak semangat tolong ibunya itu" - Netizen

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji gelagat adik itu comel. Malah, ramai yang mendoakan supaya adik itu sentiasa sihat.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 483K tontonan, 68K tanda suka dan 1K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sejuk hati tengok dia, dahlah rajin dan comel betul! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Jom shopping barang yang berguna ini:

You may be interested in: