"Dah Bayar Duit Katering" - Pasangan Ini Tetap Agihkan Nasi Minyak Tanpa Majlis Sanding
Kreatif sungguh!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) masih dilaksanakan di seluruh Malaysia, aktiviti sosial sama sekali tidak dibenarkan untuk berlangsung
Salah satu contoh aktiviti sosial ialah kenduri kahwin ataupun majlis sanding. Hal ini demikian kerana, dengan tidak melakukan aktiviti sosial, penularan jangkitan wabak dapat dikurangkan.
Tidak dinafikan, banyak pasangan yang berhajat untuk mengadakan majlis persadingan terkesan akibat ini. Tempahan tempat dan katering sudah pun dibuat, malah ada yang siap dah bayar duit deposit dan tidak boleh dikembalikan.
Baru-baru ini tular video di TikTok yang memaparkan pasangan mengagihkan makanan katering yang ditempah kepada jiran mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tidak menyusahkan pihak katering, malah keluarkan idea kreatif untuk dibungkus dan berikan kepada jiran
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nshj96 di laman TikToknya, kelihatan mereka sekeluarga mengagihkan makanan kepada jiran tetangga.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka secara kreatif membungkus semua makanan dan berikan kepada keluarga, saudara-mara dan jiran yang terdekat.
Dipercayai bahawa mereka sudah menempah dan membuat pembayaran deposit. Tindakan mereka yang tidak menyusahkan pihak katering untuk cancel order itu ternyata dikagumi ramai.
"Tahniah, saya pun buat macam ni waktu PKP 1.0 gara-gara PM umum 2 hari sebelum nikah" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen kagum dengan tindakan mereka. Malah, ramai yang mendoakan mereka dipermudahkan segala urusan.
Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih 59K tontonan, 2K tanda suka dan 97 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Semoga perkongsian ini dapat berikan positif vibes dan manfaat kepada bakal pengantin di luar sana! :D