[VIDEO] "Tak Gugur Ke?" - Wanita Hamil Selamba Makan Nanas Semasa Sedang Menunggu Hari
Boleh ke makan nanas?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti yang kita ketahui, nanas merupakan buah yang bersifat tajam
Ramai yang menganggap ibu yang mengandung tidak boleh makan nanas kerana takut keguguran. Tetapi tahukah anda, nanas merupakan buah-buahan yang berkhasiat.
Bukan saja mengandungi vitamin C, malah mempunyai kandungan mineral yang mampu menguatkan sendi dan tulang.
Tetapi ibu-ibu mengandung hanya boleh makan nanas dalam kuantiti yang sederhana supaya tidak mengalami kesan negatif. Rujuk informasi berikut untuk penerangan lanjut.
Lihat posting penuh di bawah:
Baru-baru ini, viral video di TikTok yang memaparkan seorang ibu hamil dengan selambanya makan nanas menarik perhatian netizen
Menerusi video yang dimuat naik oleh @cik_phai, kelihatan dia sedang makan beberapa kepingan nanas. Wanita yang dikenali sebagai Faida itu mengaku yang dia suka makan nanas sejak trimester pertama.
Ibu yang tengah sarat hamil itu sudah memasuki minggu ke-38 dan berada dalam fasa menunggu hari. Tindakan wanita tersebut mengundang tanda tanya pihak netizen sama ada ibu hamil dibenarkan untuk makan nanas atau tidak.
Lihat video penuh itu di bawah:
"Saya dah 7 bulan, teringin sangat tapi takut" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dengan wanita tersebut. Malah, ada yang berkongsi pengalaman yang sama. Selain itu, ada juga netizen yang menasihatkan ibu hamil tentang pemilihan dan pemakanan nanas.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut mendapat 452K views, 13K likes dan 600 comments di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: