seismik

[VIDEO] "Betul Weh Bukan Kain" - Rakaman Pocong Di Pokok Pisang Buat Netizen Seram

Dia main sembunyi sembunyi pulak!

Cover image via @zarulshahfiqrie (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti kita ketahui, bumi ini bukan saja didiami oleh manusia bahkan mahkluk ghaib juga wujud

Sesetengah orang tidak dapat melihat mahkluk ghaib. Namun begitu, ada juga segelintir orang yang mempunyai kelebihan untuk melihat makhluk-makhluk halus. 

Baru-baru ini tular video di TikTok yang memaparkan rakaman abang polis tentang penemuan pocong di pokok pisang mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Terus suluh ke arah pokok pisang sebaik saja ternampak kain putih bergerak-gerak

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan abang polis yang sedang bertugas menyuluh ke arah pokok pisang. 

Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah apabila mereka mendapati adanya pocong di bawah pokok pisang setelah mereka suluh berkali-kali dan merakam.

Pada awalnya, mereka beranggapan itu kain ataupun daun disebabkan angin. Tetapi ternyata bukan sebab daun lain tidak bergerak sama sekali. 

"Pocong tu pandai skodeng, nak tengok lepas rentas negeri ke tak" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa seram. Malah, ramai yang menyakat abang polis yang sedang bertugas. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 261K tontonan 15K tanda suka dan 1K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Seram pula tengok, memang nampak real! Dia nak teman abang polis bertugas agaknya! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik