seismik

"Hantar Sihir Pemisah Guna Poslaju" - Lelaki 23 Tahun Ini Kantoi Buat Upacara Di Rumahnya

Dipercayai ramai yang terkena dengan sihir itu.

Cover image via @_AmranFans (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini tular di media sosial tentang penemuan seorang lelaki yang membuat upacara sihir di dalam rumahnya

Dipercayai jiran blok depan rumahnya mendapati rumah lelaki yang berumur 23 tahun itu sentiasa berapi pada setiap malam. Disebabkan itu, jirannya bertindak memanggil polis dan bomba untuk kepastian dan keselamatan penduduk di blok itu. 

Segalanya terbongkar apabila polis dan bomba masuk ke rumahnya itu. Diyakini lelaki itu membuat upacara sihir pemisah setiap malam di rumahnya. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah sihir itu dihantar hanya menggunakan Poslaju. 

Lihat posting penuh di bawah: 

Buat upacara sihir dalam rumah lalu poskan kepada mangsa

Bukan setakat upacara yang dijumpai, malah gambar-gambar pasangan juga dicetak untuk dibuat sihir pemisah. Tempat kejadian juga kelihatan penuh dengan darah.

Difahamkan kes ini sedang disiasat oleh pihak berautoriti dengan lebih lanjut

Dalam pada itu, timbul tanda tanya daripada netizen berkenaan hukuman yang akan disabitkan untuk jenayah sihir di Malaysia. 

Seorang peguam syariah menjelaskan bahawa akta atau enakmen jenayah sihir masih belum ada lagi di Malaysia. Perkara ini disebabkan tiada pihak autoriti yang boleh sahkan sihir itu berlaku selain perawat Islam. 

Lihat posting penuh itu di bawah: 

"Darah apa terpercik sana sini tu ? Darah manusia ke" - Netizen

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dengan penemuan tersebut. Malah, ramai yang tidak percaya lelaki semuda itu mengamalkan sihir. 

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah mendapat 32K retweets, 20K likes dan 1K comments di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Twitter: 

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: