x

seismik

"Minat Benda Pelik" - Kanak-Kanak Ini Jadikan Patung Berwajah Pocong Sebagai Bantal Busuk

Merinding, seram!

Cover image via @@cryptovasi (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kanak-kanak kecil sudah pasti mempunyai 'bantal busuk' atau patung kegemaran mereka

Tidak dapat dinafikan, kebanyakan orang pasti mempunyai bantal busuk untuk dijadikan peneman tidur sewaktu kecil dulu, terutamanya kanak-kanak kecil terutamanya yang mempunyai sifat yang sukakan patung atau boneka yang comel.

Baru-baru ini tular posting di Twitter yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang minat patung berwajahkan pocong menarik perhatian netizen.

Lihat posting tersebut di bawah:

Minat patung pocong sampai jadikan bantal busuk

Menerusi posting tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan itu mempunyai hobi dan minat yang pelik.

Apa yang lebih menyeramkan adalah dia suka membawa patung tersebut untuk jadikan sebagai peneman tidur.  Bukan setakat dibawanya ke mana-mana, malah, dia akan memeluk erat patung itu seperti teman kesayangannya.

"Confuse nak takut ke nak ketawa" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa pelik dengan sifat kanak-kanak itu. Namun begitu, terdapat juga segelintir netizen yang mempunyai pengalaman sama sewaktu kecil.

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah mendapat 375 retweets, 162 quote tweets dan 1K likes di Twitter.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Hmm, lain macam hobi kau ni dik. Seramlah! :'(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik