[VIDEO] "Ingatkan Jodoh" - Lelaki Ini Tertipu Dengan Wanita Yang Beridentiti Dua Jantina
Terciduk!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kini, pelbagai dating apps yang disediakan untuk mereka yang ingin mencari jodoh
Dating apps ini mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri. Ramai yang menggunakan platform tersebut untuk mencari jodoh atas alasan ingin berjumpa dengan orang yang lebih jauh atau ingin mengenal teman baru.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang lelaki ini bertemu jodohnya melalui aplikasi dating curi tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kantoi teman wanita itu menyamar menjadi perempuan semasa pertama kali jumpa
Menerusi video yang dimuat naik oleh @gumay9 di laman TikToknya, kelihatan dia bertemu teman wanitanya melalui aplikasi dating.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pertama kali bertemu dengan teman wanitanya itu, kantoi bahawa temannya itu bukan wanita tulen.
Selama ini, lelaki itu mati-mati percaya teman wanitanya itu adalah wanita tulen dengan sifat yang lemah lembut dan gambar yang dipaparkan di aplikasi tersebut. Malangnya, yang dijumpa lelaki itu adalah waria yang merupakan lelaki beridentitikan wanita.
"Maaf, kan sekarang zaman video call, kenapa tak video call dulu baru jumpa" - Netizen
Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut. Malah, ramai yang mempersoalkan kenapa lelaki itu tidak mengajak teman wanitanya video call sepanjang berkenalan.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah pun mendapat 1.4M views, 58K likes dan 12K comments di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok: