seismik

[VIDEO] Buat Kejutan Untuk Pasangan, Pemuda Ini Kecewa Lelaki Lain Yang Bukakan Pintu

Kantoi awek curang depan mata!

Cover image via @bulevotanofficial2 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Sambutan hari ulang tahun dengan orang yang tersayang sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan kita

Setiap orang pasti mengimpikan dapat menyambut hari yang spesial itu dengan keluarga, rakan-rakan mahupun dengan pasangan. Perasaan dapat menyambut hari bermakna itu dengan orang yang tersayang pasti gembira dan terharu. Tambahan lagi, jika ada yang buat kejutan. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila pemuda lelaki itu membuat kejutan untuk teman wanitanya curi tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@bulevotanofficial2

pengalaman yg ngga bakalan gw lupain seumur hidup...

suara asli - bulevotan official - bulevotan official

Buat kejutan dengan bawa kek ke rumah teman wanita, tapi lelaki lain yang buka pintu

Menerusi video berkenaan, kelihatan pemuda itu pergi ke rumah teman wanitanya dengan membawa kek untuk menyambut ulang tahun teman wanitanya. 

Apa yang lebih menghampakan adalah apabila sebaik saja dia mengetuk pintu, yang buka pintu bukan teman wanitanya tetapi lelaki lain. Dia dilihat kecewa dan menyuruh lelaki tersebut panggil teman wanitanya. 

Pemuda itu dilihat tampil dengan berani dan tenang, dia tidak marah. Pemuda itu hanya tatap mata teman wanita lalu berikan kek kepadanya. Setelah itu, pemuda itu beredar dari lokasi tersebut. 

"Gila respect bro, tak banyak orang boleh mengendalikan emosi macam kau"- Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati dengan pemuda itu. Malah, ramai yang kagum melihat dia berjaya mengendalikan emosinya dengan baik pada ketika itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 5M views, 400K likes dan 24K comments di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Kesian lelaki tu, memang salute tengok dia handle emosinya!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: