seismik

[VIDEO] Sekumpulan Gadis Buat Challenge Nyanyi Lagu Lady Gaga Ini Buat Ramai Terhibur

Aduh spoil lah yang satu ni, kelakar!

Cover image via @farida_prsch (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Aplikasi TikTok merupakan satu medium untuk pengguna berkarya dan menunjukkan kreativiti masing-masing

Pelbagai challenge yang boleh dirakam di TikTok untuk menunjukkan skil editing video, skil berlakon, skil lip sync, skil menari dan banyak lagi.

Baru-baru ini tular TikTok challenge tentang nyanyian lagu Lady Gaga yang bertajuk Bad Romance semakin mendapat perhatian ramai. Video sekumpulan gadis melakukan challenge tersebut telah menimbul dekah netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nyanyian semua gadis merdu tetapi yang seorang lagi spoilkan mood pula

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan gadis seramai 8 orang itu sedang merakam dan membuat challenge nyanyi lagu Lady Gaga.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila gadis kelima itu nyanyi sambil gelak membuatkan situasi itu terus bertukar jadi kelakar. Dia dilihat tidak dapat sambung menyanyi kerana tahan gelak.

Perbuatannya itu turut mengundang dekah rakan-rakannya sehingga orang yang giliran selepasnya semua menyanyi sambil tahan gelak.

"Bila seorang dah gelak, semua auto gelak" - Netizen

Ketika artikel ini itulis, video itu berjaya mendapat 1.6M tontonan, 139K tanda suka dan 2K komen di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gadis kelima itu. Malah, ada juga yang berkongsikan pendapat tentang suara gadis-gadis tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Aduh, kelakar lah yang kelima tu. Terhibur! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: