seismik

[VIDEO] "Pro Gila" - Pemuda Kacak Ini Kongsi Tutorial Siang Ikan Bikin Netizen Teruja

Orang suruh tengok cara siang ikan, lain pula yang dia tengok ya!

Cover image via @r4feeq (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan siang ikan merupakan satu meal prep yang leceh dan mengambil masa lama bukan?

Namun begitu, perkara ini tidak asing lagi bagi sesetengah orang kerana mereka telah terbiasa dengan kerja-kerja siang ikan. Orang yang mahir siang ikan siap boleh bersihkan ikan itu kurang daripada seminit. 

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini tentang pemuda lelaki kacak sedang menyiang ikan di pasar menarik perhatian netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@r4feeq

ikan bawal hitam potong keping siap!

MERINDU LAGI - Sintia Septi Dewi

Cara dia siang dan potong ikan menjadi kepingan itu nampak betul-betul pro

Menerusi video yang dimuat naik oleh @r4feeq di laman TikToknya, kelihatan dia sedang menyiang ikan bawal hitam.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia menyiang ikan itu dengan mahir dan pantas. Kemudian, dipotongnya ikan itu menjadi kepingan memang kelihatan dia sudah terbiasa seperti profesional.

Bukan itu saja, dia juga berkongsi tutorial siang ikan pari yang kelihatan susah dan besar untuk disiang.

Lihat video penuh itu di bawah:

@r4feeq

tutorial buang kulit pari pasir saiz A by @saif.nwr . masak asam pedas sedap ni. ha yang nak order barang tu boleh click kat bio lepastu click ig tau!

Pieces (Solo Piano Version) - Danilo Stankovic

"Hm, kalau macam ni ikan bilis pun nak minta dia siangkan" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan kepakarannya menyiang ikan.

Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih 4.7M tontonan, 454K tanda suka dan 7K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Aduh, sakit perut ketawa tengok komen netizen ni. Ada je yang nak dijadikan bahan gelak :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik