[VIDEO] "Siapa Nak Buatkan Air" - Remaja Ini Sebak Ibunya Pujuk Tak Bagi Belajar Jauh
Comelnya ibu dia!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan kalau di rumah, ibu lah yang paling rapat dengan kita selain ayah
Mana tidaknya, ibu yang menguruskan segala hal di rumah. Bukan setakat kerja-kerja mengemas rumah, semua hal dan masalah anak-anaknya juga boleh membuatkan mereka merasa bimbang. Sebab itu, boleh dikatakan ibu seolah-olah kawan rapat kita di rumah.
Baru-baru ini tular video di TikTok yang memaparkan seorang remaja lelaki meminta izin ibunya untuk belajar ke negeri lain itu mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pujuk anak supaya tidak belajar jauh-jauh sebab rindu
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang remaja lelaki itu meminta izin ibunya untuk pergi belajar di Johor. Dipercayai mereka sekeluarga tinggal di Negeri Sembilan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ibunya kelihatan sedih dan memujuk anaknya supaya tidak belajar dan tidak tinggal berjauhan dengannya. Gaya ibunya yang comel itu mengundang perhatian netizen.
Malah, ibunya juga mengatakan siapa yang akan buatkan air setiap pagi untuknya jika anaknya belajar jauh. Ayat berkenaan buat remaja lelaki itu sebak.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Kalau mak aku dia lagi suka anak dia pergi jauh, sebab dia kata bagi la masa nak dating dengan ayah pula" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak dengan kata-kata ibunya. Malah, ada yang mengatakan ibunya itu sangat comel. Tambahan pula, ada juga yang berkongsi pengalaman sebaliknya.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah pun meraih 108K views, 21K likes dan 290 comments di TikTok.
Berikut di bawah merupakan komen menarik daripada netizen di TikTok: