x

seismik

[VIDEO] "Habislah Esok Kena Marah" - Syok Buat TikTok Sampai Meja Kayu Ruang Tamu Patah

Mesti kena halau rumah ni.

Cover image via @syamelkonopi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Merakam video TikTok sudah menjadi kebiasaan pada zaman sekarang

Mana tidaknya, pelbagai challenge dan idea yang terdapat di TikTok membolehkan semua orang menunjukkan bakat dan kreativiti mereka. Salah satu contoh challenge ialah video transition bertukar-tukar baju.

Baru-baru ini tular video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki merakam dirinya dan tidak sengaja mematahkan meja kayu ibunya menarik perhatian netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Landing atas meja, sekali tak pasal-pasal meja kayu ibu patah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syamelkonopi di laman TikToknya, kelihatan dia sedang membuat TikTok challenge di ruang tamu rumahnya. 

Apa yang menarik perhatian netizen adalah apabila rakaman itu memaparkan dia jatuh atas meja kayu di ruang tamu itu. Lebih melucukan lagi apabila meja kayu tersebut patah. 

Dengan kapsyen video, "nak main tukar baju tapi..." itu mengundang dekah orang ramai. 

"Tarikh kematian 6 jam yang lepas, berpunca daripada balingan periuk mak" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan lelaki itu. Malah, ada yang menyakatnya gara-gara mematahkan meja kayu si ibu.

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 818K tontonan, 137K tanda suka dan 3K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Cari pasal lah kau dik, habis kena bebel dengan mak :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik