seismik

[VIDEO] “Serabut Tengok Rambut Panjang” - Wanita Ini Selamba Prank Gunting Rambut Suami

Haa, kan dah kena!

Cover image via @rishaazreen (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kaum lelaki yang mempunyai rambut panjang ini sudah biasa dilihat sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan

Iyalah mana tidaknya, kedai gunting rambut tidak dibenarkan beroperasi untuk mengurangkan risiko penularan wabak Covid-19. Namun begitu, ada saja kaum lelaki yang ingin menyimpan rambut panjang kerana ia merupakan trend dan stail terkini.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan si isteri geram sebab suaminya degil tidak mahu potong rambut itu curi tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@rishaazreen

Bila suami kau degil taknak potong rambut, ambik kauuu! Geng-ii isteri boleh tiru aksi ini

original sound - Risha & Qayum - Risha & Qayum

Muat turun aplikasi machine gun dan prank suami sebab geram

Menerusi video yang dimuat naik oleh @rishaazreen, kelihatan dia meluahkan perasaan geramnya di laman TikTok kerana suaminya berdegil tidak mahu potong rambut panjangnya. 

Apa yang lebih melucukan adalah apabila isterinya itu bertindak untuk download aplikasi machine gun yang berbunyi seperti trimmer rambut.

Kemudian, dia prank suaminya dengan meletakkan telefonnya di toncet rambut suaminya itu. Lebih melucukan lagi apabila suaminya terkejut undang dekah netizen. 


"Kawan simpan lama tu rambut, last-last kena prank macam tu tanjat oi, kalau trim bagi cantik takpa" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih 438K tontonan, 46K tanda suka dan 265 komen di TikTok. 

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ada yang hendak muat turun aplikasi itu dengan segera supaya mereka boleh prank suami masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Kalau prank dah terkejut macam ni, cuba bayangkan kalau gunting betul, mesti menangis dia! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: