"Tengah Berselera Makan..." - Gadis Ini Sampai Trauma Akibat Terjumpa Cicak Dalam Sambal
Auto muntah!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bungkus makanan daripada restoran di luar sudah menjadi kebiasaan untuk semua orang
Lagi-lagi jika kita tidak sempat untuk masak atau memang tengah malas nak masak. Oleh itu, kita mengambil langkah untuk membungkus makanan daripada luar kerana ia lebih memudahkan dan tidak dinafikan rasanya juga lebih sedap.
Namun begitu, baru-baru ini tular video di TikTok yang memaparkan dua orang gadis terjumpa cicak semasa makan sambal pecel ayam yang dibungkus mereka mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Makanan dah nak habis sekali terjumpa cicak dalam sambal
Menerusi video yang dimuat naik oleh @meiongg di laman TikToknya, kelihatan dia dan seorang lagi gadis sedang makan sambal pecel ayam yang dibungkus mereka.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila mereka terjumpa seekor cicak dalam sambal. Difahamkan mereka terjumpa cicak itu setelah mereka hampir habiskan makanan tersebut. Kejadian itu membuatkan mereka lantas meminum air dan mengakibatkan mereka trauma.
"Auto takda nafsu nak makan, geli" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen geli dengan sambal tersebut. Malah, ramai berkongsi pengalaman sama yang membuatkan mereka trauma membeli makanan di luar.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 2.6M views, 82K likes dan 3K comments di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: