Setelah 7 Tahun Penantian, Pasangan Ini Tak Percaya Bakal Jadi Ibu Ayah. Alhamdulillah!
Gembira, terharu, sebak semua ada.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, setiap pasangan yang baru berumah tangga pasti inginkan kehadiran cahaya mata
Cahaya mata merupakan satu nikmat dan rezeki yang ingin dikecapi setiap pasangan. Rezeki setiap pasangan memperolehi anak berbeza-beza, ada yang cepat dan ada juga yang lambat.
Tular sebuah video di TikTok baru-baru ini apabila pasangan ini gembira dan tak sangka mereka bakal menjadi ibu dan ayah setelah tujuh tahun penantian mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Surprisekan sang suami sampai tidak percaya dia bakal jadi ayah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @cidamymee di laman TikToknya, kelihatan dia sedang menguji kehamilan dengan menggunakan pregnancy test.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah sebaik saja dia mengesan dirinya hamil, dia membuat kejutan untuk memberitahu suaminya.
Beri kejutan dengan membeli kotak, kemudian dia dilihat mengisi kotak tersebut dengan baju bayi, pregnancy test dan gambar scan bayi.
Suaminya dilihat teruja dan terharu apabila menerima kejutan itu. Akhirnya setelah 7 tahun penantian, mereka tidak sangka bakal menjadi ibu dan ayah.
"Alhamdulilah, tahniah sis dan suami, sebak tengok" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak setelah menonton video itu. Malah, ramai yang mendoakan pasangan itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 143K views, 16K likes dan 1K comments di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: