Tiga Anak Muda Malaysia Diiktiraf & Terpilih Terima Anugerah 100 Pemimpin Muda QECT 2026

Hebat anak muda!

Cover ImageCover image via NST & BH Online

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tiga anak muda Malaysia mencipta pencapaian membanggakan apabila terpilih menerima Anugerah 100 Pemimpin Muda Tabung Amanah Komanwel Ratu Elizabeth II (QECT) 2026

Pengiktirafan itu diberikan sebagai penghargaan terhadap usaha mereka membawa perubahan positif dalam masyarakat, khususnya menerusi bidang pendidikan, teknologi dan kesihatan.

Menurut laporan Berita Harian, tiga individu berkenaan ialah Sarah Callista Ng Xue Qi, 19, dan Arissa Jemaima Ikram Ismail, 29, dari Kuala Lumpur serta Ho Wei Liang, 27, dari Johor Bahru.

Sarah merupakan pengasas dan pengarah eksekutif Hope2Kids, sebuah inisiatif yang memberi tumpuan kepada pembangunan diri kanak-kanak kurang bernasib baik, termasuk mereka yang tinggal di rumah kebajikan.

Antara usaha yang dilaksanakannya ialah program Letters of Hope yang menghubungkan sukarelawan dari lebih 11 negara untuk menyampaikan kata-kata semangat kepada kanak-kanak. Beliau turut terlibat dalam pembangunan kepimpinan belia dan penganjuran sidang kemuncak akademik kebangsaan.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Sementara itu, Ho, yang juga dikenali sebagai Liam, merupakan pengasas dan pengarah eksekutif Tech4SDG. Beliau menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong kelestarian alam sekitar selain memperluas akses pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kepada komuniti terpinggir.

Sepanjang penglibatannya, beliau dilaporkan telah membimbing lebih 1,200 golongan muda dan menyelia lebih 80 projek teknikal. Beliau turut menyumbang kepada perbincangan global berkaitan tadbir urus AI dan tindakan iklim, termasuk melalui penglibatan bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Seorang lagi penerima, Arissa Jemaima, menerajui Doctors on Ground, sebuah inisiatif yang berusaha memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan untuk komuniti terpinggir

Sejak 2020, beliau mengetuai lebih 300 misi dan inisiatif kesihatan komuniti bagi membantu memperkukuh akses kepada rawatan serta membangunkan sistem penjagaan kesihatan yang mampan.

Anugerah QECT ditubuhkan oleh mendiang Ratu Elizabeth II bagi menyokong pemimpin muda di negara-negara Komanwel.

SAYS.com
Image via BH Online

Bersempena ulang tahun ke-100 kelahiran mendiang, pengiktirafan itu diberikan kepada golongan muda yang membawa perubahan dalam bidang seperti pendidikan, alam sekitar, makanan dan pertanian, kesihatan serta keterangkuman.

Majlis penyampaian anugerah tersebut dijadualkan berlangsung di Istana St James, London, United Kingdom pada Jun 2026.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: