Penjawat Awam Akan Dikenakan Tindakan Disiplin Jika Guna Waze – Majlis Keselamatan Negara
Aplikasi Waze tidak akan diharamkan terus di Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penjawat awam boleh dikenakan tindakan tatatertib jika didapati mengguna aplikasi navigasi Waze
Perkara ini telah berkuat kuasa semalam apabila Perdana Menteri Anuar Ibrahim mengumumkan bahawa penjawat awam dilarang menggunakian aplikasi tersebut.
Dilaporkan oleh, Harian Metro perkara ini telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin melalui surat edaran Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Perkara ini akan dipantau secara rapi pada peringkat kementerian dan agensi oleh ketua jabatan masing-masing.
"Arahan ini terpakai serta-merta, daripada segi pelaksanaan arahan ini, ada caranya, tetapi secara umumnya kita serahkan kepada ketua jabatan masing-masing.
"Tetapi apa pun, pelanggaran mana-mana arahan oleh KSN, ia membawa implikasi dari sudut tindakan disiplin," katanya.

Warga perkhidmatan awam digesa menghentikan penggunaan Waze
Seluruh warga perjawat awam digesa untuk menghentikan daripada menggunakan Waze bagi memastikan data pergerakan tidak terus dieksploitasi pihak luar.
Raja Nushirwan mengatakan kerajaan telah mengambil pendekatan berfasa berteraskan pendidikan awam untuk mengimbangi tuntutan keselamatan data negara dan hak kebebasan memilih rakyat.
Langkah ini tidak akan menyekat Waze serta-merta tetapi memberi kefahaman yang cukup supaya masyarakat tahu mengenai risiko keselamatan dan kemudiannya membuat keputusan sendiri.

"Bagi pihak kerajaan, kita kena sentiasa mengimbangi isu-isu keselamatan dengan isu-isu hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan juga kebebasan memilih.
"Dengan cara yang kita ambil ini, kita serahkan kepada rakyat Malaysia untuk memilih secara sendiri," katanya lagi.
Waze tidak akan diharamkan terus di Malaysia kerana dikhuatiri memberi isyarat negatif terhadap ekosistem pembangunan aplikasi di Malaysia.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via