seismik

"Tangan Si Dia" - Rakam Video Dengan Kekasih, Sekali Tak Sangka Plot Twist Menghampakan

Kena scam!

Cover image via @dzulssss (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita sering melihat ramai yang merakam trend video seperti challenge menarik di TikTok bukan?

Iyalah, ramai yang bosan duduk di rumah sehinggakan mereka mencari hiburan untuk serlahkan bakat dan kreativiti mereka dalam menyunting video. Sebab itu, banyak video-video menarik yang kreatif tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok memaparkan kisah cinta seorang tangan lelaki yang akhirnya bertemu dengan tangan kekasihnya mencuri tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

Rakam challenge pegang tangan kekasih, sekali ada plot twist pula

Menerusi video yang dimuat naik oleh @dzulsss di laman TikToknya, kelihatan dia sedang merakam tangannya berlatarbelakangkan kawasan rumahnya.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila sampai saja di dalam kereta, dia memegang tangan seseorang yang dipercayai kekasihnya kerana mereka memakai getah rambut yang sama. Tetapi, apa yang menghampakan adalah rupa-rupanya tangan yang dipegangnya itu merupakan milik kawan lelaki dan bukan kekasihnya. 

"Tangan member dia macam perempuan" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang berpendapat tangan rakannya itu seperti tangan perempuan. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya meraih 137K tontonan, 29K tanda suka dan 546 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Risau tengok member, kesian dia sunyi! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: