seismik

[VIDEO] Sempat Takbir Raya Sementara Menunggu Jenazah Sampai Untuk Dikebumikan. Sebak!

Allahu, sebak.

Cover image via @zackaffendi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum mengetahui bahawa negara sedang dilanda pandemik Covid-19

Penularan jangkitan wabak tersebut tidak dinafikan telah meragut banyak nyawa di seluruh negara. Hampir tujuh ribu jumlah kes kematian akibat Covid-19 berlaku di Malaysia. Frontliner tetap bertungkus lumus untuk membantu dan menjaga pesakit Covid-19 sehingga kini.

Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan frontliner sempat takbir raya di kawasan perkuburan curi tumpuan netizen.

Lihat video penuh itu di bawah:

@zackaffendi

salam aidiladha..mohon maaf jika kami ade membuat kesilapan #covid19 #frontlinermalaysia #zackaffendi #tajhiz

Takbir aidiladha - zackaffendi

Berkumandang takbir raya daripada frontliner semasa menunggu jenazah lain untuk dikebumikan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan frontliner yang memakai PPE sedang berehat dan duduk di kawasan perkuburan Ainsdale, Seremban. 

Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila mereka semua melaungkan takbir raya pada malam raya haji. Laungan takbir raya itu sempat dilakukan sementara menunggu jenazah lain yang akan sampai di sana untuk urusan pengebumian.

Terbukti bahawa pengorbanan mereka terlalu banyak dan besar. Situasi ini bikin semua sebak melihatkan pekerjaan frontliner yang tidak pernah habis sehingga lewat malam. 

"Sedih bila tengok barisan hadapan yang letih tapi tetap kuatkan diri" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati dan sebak. Malah, ramai yang mendoakan agar frontliners diberikan kekuatan untuk hadapi segala ujian. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 1.5M tontonan, 216K tanda suka dan 700 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sebaknya, terima kasih frontliner. Jasamu dikenang! <3

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: