seismik

"Kita Jumpa Di Syurga" - Lelaki Ini Sebak Ketika Pujuk Lembu Bakal Disembelih Waktu Korban

Air mata lembu mengalir...

Cover image via @eykal27 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Umum mengetahui, umat Islam akan menyembelih lembu untuk dikorbankan pada hari raya Aidiladha

Ramai yang mendaftar untuk menunaikan ibadah korban. Kebiasaannya, lembu akan disembelih pada hari raya korban yang juga dikenali sebagai hari raya Haji. 

Namun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok mengenai seorang lelaki pujuk lembunya sebelum dikorbankan mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Pujuk lembu yang mengalirkan air mata sebelum sembelih

Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki itu sedang merakam lembunya di suatu kawasan sebelum ia disembelih.

Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila lembu itu mengalirkan air mata sebelum pergi meninggalkan tuannya. Lelaki itu tidak putus asa memujuk lembunya sambil memberikan kata-kata yang sebak.

"Jangan macam ni, jangan sedih, kita jumpa di syurga," katanya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@eykal27

Reply to @_zahirdn budak2 ning sedih ag sebad x leh main lembu doh petang2

Perasaan - Zynakal

"Tak sanggup tengok sampai habis, sedih" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati dan sedih melihat video itu. Malah, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepadanya. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 1.9M tontonan, 185K tanda suka dan 2K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sedihnya, kita jumpa kat syurga nanti okay? :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: