seismik

[VIDEO] "Sampai Hati" - Prank Ibu Makan Tahi Kucing, Reaksi Ibu Pula Bikin Netizen Dekah

Ibunya sampai nak muntah sebab geli.

Cover image via @EatmenID (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Anak-anak yang masih tinggal serumah dengan ibu bapa pasti akan banyak luangkan masa bersama mereka

Ibu bapa saja lah yang akan menjadi kawan kita semasa di rumah. Tambahan lagi dengan situasi pandemik yang memaksa kita semua berada di rumah. Macam-macam lagi kerenah dan perangai anak yang boleh dilihat di media sosial. 

Sama seperti seorang lelaki yang videonya tular di TikTok apabila dia bertindak untuk prank makan tahi kucing depan ibunya tu mencuri tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Buat Churos bersalutkan coklat, kemudian prank konon makan tahi kucing depan ibu

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang membuat satu hidangan di dapur. Hidangan tersebut merupakan Churos coklat. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sebaik saja selesai membuat Churos, dia berniat untuk prank ibunya. Lelaki itu meletakkan Churos tersebut di dalam besen yang merupakan bekas tahi kucing. 

Setelah itu, dia bertindak untuk makan Churos tersebut depan ibunya. Ibunya lantas geli dan muntah kerana beranggapan anaknya makan tahi kucing. 

"Sungguh berdosa, sekali plot twist dia memang makan tahi" - Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan reaksi ibunya itu. Malah, ramai yang geli seperti ibunya. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 689K tontonan, 11K ciapan, 17K tanda suka di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Geli, kesian maknya sampai nak muntah tu! :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: