"Sampai Hilang Kasut" - Viral Tanah Merekah Di Kelantan, Tak Sangka Ramai Yang Jadi Mangsa
Nasib baik tak hilang kaki.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tempat pelancongan baru sudah semestinya jarang diketahui pada musim pandemik ini
Hal ini disebabkan semua orang disarankan untuk kekal berada di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan.
Untuk mengekang penularan wabak jangkitan Covid-19, kita hanya boleh bergerak di dalam daerah yang kita menetap saja.
Baru-baru ini, viral satu tempat menarik di Kelantan melalui beberapa video di TikTok yang dikenali sebagai tanah merekah mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dikenali sebagai tanah merekah dan telah meraih perhatian penduduk Kelantan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @maizati_ di laman TikTok, kelihatan dia sedang merakam suaminya di tanah merekah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kaki suaminya tersekat di celah tanah tersebut sehingga nampak hitam seperti memakai stoking. Malah, kasut suaminya itu tenggelam di bawah tanah.
Perkara ini bukan saja berlaku kepada dia dan suaminya. Ternyata, ramai juga yang menjadi mangsa apabila pergi ke tanah merekah. Malah, ada yang terjatuh dan kaki mereka tersekat.
Lihat video penuh lain itu di bawah:
"Nasib tak jadi orang minyak" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Tambahan lagi, ada juga yang menyakat lelaki itu kerana kelihatan memakai stokin sebelah saja.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 658K tontonan, 27K tanda suka dan 600 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: