seismik

[VIDEO] Kantoi Main Kahwin-Kahwin Dalam Kelas, Cikgu Ini Selamba Datang Join Salam

Kalau kat Malaysia ni, cikgu dah datang bawa rotan.

Cover image via @awraazizahh (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan bagi seorang pelajar, tempat yang paling banyak kenangan dan memori indah adalah di sekolah

Iyalah, kebanyakan masa pelajar diluangkan di sekolah. Awal pagi sehingga petang mereka berada di sekolah untuk belajar. Kawan-kawan rapat mereka juga merupakan kalangan daripada rakan sekelas. 

Pernah tular suatu ketika dahulu dan kini tular video sekali lagi di TikTok yang memaparkan murid di Indonesia kantoi berlakon sedang berkahwin tetapi reaksi guru mereka pula curi tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@awraazizahh

Reply to @dounatchocolate ini vid aslinya

original sound - -

Berlakon main kahwin-kahwin, sekali cikgu datang siap salam

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang murid lelaki sedang berlakon kahwin seperti mereka berada di majlis persandingan dalam kelas mereka. 

Apa yang lebih menghiburkan adalah salah seorang pelajar lelaki dilihat berpakaian seperti pengantin perempuan sambil mukanya dirias dengan blusher. Tambahan lagi, jambangan bunga juga dipegang seperti berada di majlis pernikahan. 

Lebih melucukan lagi adalah apabila perkara tersebut telah diketahui oleh gurunya. Gurunya itu lantas bergegas ke kelas berkenaan dengan selamba turut ikut berlakon. Malah, gurunya itu siap salam dengan anak muridnya itu. 

"Sporting gila cikgu kat sana, kalau kat Malaysia auto kena report" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat murid dan gurunya itu. Malah, ramai yang berpendapat guru di Indonesia sangat sporting.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 12.8M tontonan, 1.6M tanda suka dan 12.5K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sporting betul cikgunya ya, kalau dekat sini memang dah kena masuk bilik kaunseling! :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: