Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Bapa Hairan Duit RM1,500 Hilang, Rupanya Kerja Si Anak Bagi Sedekah Dekat Kawan Sekolah

Niat dah baik tu, tapi itulah.

Cover image via @wanisckt (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai umat Islam, bersedekah itu merupakan satu amalan yang sangat mulia dan harus dikekalkan

Dalam rezeki kita pasti ada juga rezeki orang lain. Tidak kisah sedikit atau banyak yang penting niat ikhlas. Tiada paksaan dalam bersedekah, jika mempunyai wang lebih apa salahnya bukan.

Kita juga tahu zaman sekarang kita perlu bekerja keras untuk mendapatkan duit. Jadi, perlulah lebih berwaspada dan beringat. Seeloknya simpan di dalam bank, takut nanti hilang pula.

Lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang ayah 'naik pening' apabila si anak mengambil duitnya untuk bersedekah telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Tak perasan anak ambil RM1,500 nak sedekah dekat kawan

Menerusi video tersebut, dapat dilihat si ayah sedang memarahi anaknya selepas mendapat tahu kanak-kanak itu membawa beberapa keping wang RM50 dan RM100 ke sekolah.

Semua duit itu dilihat diletakkan di dalam beg sekolah baru yang dibeli si ayah. Namun, apa yang membuat si ayah geram adalah difahamkan anaknya itu telah mengambil wang ayahnya berjumlah RM1,500 dan dibawa ke sekolah.

Menurut sumber, lelaki berkenaan memberitahu anaknya membawa duit tersebut untuk disedekahkan kepada kawan-kawan sekolahnya yang dikatakan susah.

Pun begitu, dia tidak lagi memarahi anaknya tetapi menasihatkannya agar tidak membuatnya lagi dan telah menghalalkan kesemua wang tersebut.

Image via @wanisckt (TikTok)

"Bagus abah dia tak melenting, tegur baik-baik tapi tegas" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji si ayah kerana tidak melenting dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 512.1K views, 22.4K likes dan 2,575 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @wanisckt (TikTok)

Image via @wanisckt (TikTok)

Image via @wanisckt (TikTok)

Image via @wanisckt (TikTok)

Image via @wanisckt (TikTok)

Image via @wanisckt (TikTok)

Terkejut ayah awak dik, tak apalah benda pun dah jadi :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment