"Baru Raptai Dah M*mp*s" - Individu Hina Anggota TLDM Nahas Helikopter Telah Dilapor Polis
Biadap sungguh!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang pengamal media arus perdana meminta polis mengambil tindakan terhadap seorang pengguna media sosial yang mengeluarkan komentar jelik berhubung nahas dua helikopter terhempas ketika menjalani latihan raptai di ruang udara Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut
Wat Kamal Abas, 51, berkata tindakan itu dianggap melampau dan tidak menghormati sensitiviti keluarga yang masih berada dalam keadaan sedih akibat kehilangan ahli keluarga akibat tragedi berkenaan.
"Pengguna media sosial atas nama Saifuddin Shafik telah memberi komen jelik di akaun X, semalam.
"Perkataan biadap seperti itu sepatutnya tidak dikeluarkan ketika ramai rakyat khususnya keluarga mangsa sedang dalam kesedihan kerana kehilangan ahli keluarga," katanya kepada Sumber.
Tambahnya, perkara itu juga tidak boleh dipandang enteng kerana ia mampu menimbulkan pelbagai impak negatif kepada masyarakat.
"Pihak berkuasa dan bahagian perundangan perlu mengenakan hukuman yang maksimum terhadap pelaku sebagai satu pengajaran," katanya
Namun begitu, selepas tularnya ciapan berkenaan lelaki tersebut ada membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapannya itu.
Image via @cixma95 (X)
Image via @cixma95 (X)
Seorang lagi individu turut mengeluarkan kata jelek terhadap mangsa nahas
Dalam pada itu, seorang lagi individu wanita turut mendapat perhatian apabila ciapannya tular di laman X kerana menghina mangsa nahas.
Walau bagaimanapun, akaun X milik wanita itu dilihat hilang dari ‘radar’ selepas menghina mangsa nahas helikopter terbabit.
Difahamkan, masih tiada sebarang tindakan diambil lagi mengenai ciapan wanita.
Image via @update11111 (X)
Image via @update11111 (X)
Tolonglah lain kali jaga sensitiviti keluarga mangsa nahas.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment