seismik

[VIDEO] Tindakan Pantas Kereta Orang Awam Berjaya Gagalkan Peragut Di Tepi Jalan. Syabas!

Seorang suspek berjaya ditahan, manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.

Cover image via @redzuanNewsMPB (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tindakan pantas orang awam berjaya menggagalkan cubaan dua lelaki meragut seorang wanita di Taman Desa Wira, Batu Kawan, Kuching, dengan seorang daripada suspek turut berjaya ditahan

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.54 pagi, ketika itu mangsa yang berusia lewat 50-an sedang berjalan kaki seorang diri di tepi jalan sebelum dia dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal dan cuba meragut begnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, ketika mangsa bergelut untuk mempertahankan begnya daripada dilarikan suspek, sebuah kenderaan dipandu orang awam tiba-tiba memberhentikan kenderaan di hadapan motosikal dinaiki dua peragut berkenaan.

“Salah seorang suspek bersama motosikal berjaya ditahan, manakala seorang lagi melarikan diri,” katanya kepada sumber.

Tambah beliau, suspek berusia lingkungan 20-an yang ditahan itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa mengalami sedikit luka dan calar semasa pergelutan. Suspek yang ditahan akan dibawa untuk mendapatkan perintah tahanan reman esok, manakala usaha mengesan seorang lagi suspek giat dijalankan.

“Kita mengucapkan terima kasih atas tindakan orang awam terbabit dan mengalu-alukan apa juga bentuk maklumat yang dapat membantu pihak polis,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: