Lelaki Buat Laporan Polis, Pihak Pengurusan Ambil Masa Lama Nak Selamatkan Stuck Dalam Lif
Seram pula dengar.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kejadian tersangkut di dalam lif bukanlah yang pertama kali didengar
Malah, anda juga pasti pernah merasai sendiri situasi tersebut bukan? Sudah tentu, ia adalah salah satu perkara 'ngeri' yang berlaku.
Ia bertambah lebih 'ngeri' jika anda tersangkut lama di dalam lif berkenaan. Memang boleh mendatangkan panik buat seseorang.
Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi pengalamannya tersangkut hampir dua jam di dalam lif di kondonya.
Lif tiba-tiba tersangkut masa nak turun
Menerusi video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Yus itu berkongsi kejadian berlaku semasa dia berseorang diri dan mahu turun dari tingkat tujuh ke lobby.
Namun, secara tiba-tiba lif berkenaan tersangkut di tingkat lima. Perkara itu membuatkan dia menekan butang kecemasan dan memberitahu sekuriti mengenai kejadian tersebut.
Pihak sekuriti memberitahu bahawa mereka akan secepatnya memanggil pihak pengurusan untuk mendapatkan bantuan.
Tetapi, selepas beberapa minit dia menekan semula untuk mendapatkan perkembangan. Jawapan yang sama kerap diberikan sehingga dia meminta mereka untuk membuka sedikit pintu supaya dia boleh mendapat udara luar.
Namun, mereka menjawab tidak boleh melakukannya kerana mereka adalah sekuriti saja. Lelaki berkenaan juga memberitahu agar sekuriti memberitahu ahli keluarganya tentang keadaannya itu.
Pada awalnya dia tetap cuba untuk bertenang menghadapi situasi itu.
Baru tahu tersangkut lif dalam jangka masa lama, buat laporan polis kerana kecuaian
Selepas merasa lama dalam lif tersebut, dia sudah mula panik dan terus cuba menekan butang kecemasan untuk mendapatkan bantuan.
Dia akhirnya dapat mendengar suara kakaknya yang kemudian memberitahu mereka sedang cuba mendapatkan bantuan.
Bantuan kemudian telah tiba dan dia berjaya diselamatkan. Apa yang membuatkan dia terkejut adalah dia tidak sangka rupa-rupanya dia telah tersangkut di dalam lif hampir satu jam lebih.
Perkara itu diketahui selepas melihat ahli keluarganya yang sedang memarahi pihak pengurusan. Dari situlah baru dia tahu yang dia sebenarnya sudah tersangkut dalam masa yang lama.
Difahamkan, dia telah laporan polis mengenai tindakan dan kecuaian pihak pengurusan tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!