Gadis Akhirnya Jumpa 'Jodoh' Kawan Lelaki Masa Tadika Lepas Bantuan Netizen Di TikTok
Lama dia menanti ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Zaman tadika merupakan zaman permulaan kita untuk mula belajar
Pasti ramai yang masih ingat pada waktu tadika bukan? Malah, ada yang sehingga sekarang masih berkawan dengan kawan tadika mereka.
Bukan senang semua orang nak kekalkan friendship masa zaman tadika ini betul tak. Tambahan pula, ia sudah lama dan ada yang kita tidak ingat pun nama dan wajah mereka.
Namun, lain bagi gadis ini yang meminta bantuan netizen untuk mencari kawan tadikanya mencuri perhatian.
Minta bantuan netizen untuk tolong cari kawan lama
Menerusi video tersebut, pada awalnya seorang gadis berkongsi beberapa keping gambar sewaktu zaman tadikannya. Namun, dia sebenarnya mahu mencari kawan lamanya yang merupakan seorang lelaki di dalam gambar (memakai baju pink).
Menurutnya, lelaki itu selalu menjadi partner semasa mereka bertanding. Pun begitu, pada umur enam tahun kawannya itu berpindah ke Kuala Terengganu dan sejak daripada itu mereka tidak pernah berjumpa.
Malah, dia juga seperti mahu kepastian status lelaki berkenaan sama ada dia masih bujang atau sudah berkahwin.
"Kalau boleh jumpa dgn kuasa TikTok, nak tanya, masih available ke," tulisnya
Akhirnya dapat berjumpa face to face selepas sekian lama
Selepas tularnya video gadis itu di TikTok, dia akhirnya dapat menjumpai kawan lamanya itu.
Ia selepas seorang pengikutnya yang memberitahu tentang lelaki berkenaan. Akhirnya mereka pun bersua muka selepas sekian lama.
"Mission complete," tulis gadis berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!