Trauma Nak Buat Open House, Anak-Anak Tetamu 'Berlumba' Sepah & Lenyek Makanan Atas Karpet
Memang patutlah dia rasa trauma tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kebiasaannya, ramai orang yang akan membuat rumah terbuka bersempena dengan hari raya
Rumah terbuka ini adalah untuk menjemput rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain datang selepas sekian lama tidak berjumpa. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan ukhwah di antara tuan rumah dan para tetamu.
Ia terpulang kepada anda mahu menjemput ramai atau tidak. Iyalah, buat rumah terbuka ini memang memerlukan tenaga yang banyak. Tambahan pula jika semuanya dibuat sendiri betul tak? Nak memasak, nak kemas rumah lagi.
Baru-baru ini tular di Instagram apabila seorang pemanggil berkongsi situasi ketika dia membuat rumah terbuka yang menyebabkan dia trauma sehingga sekarang.
Anak-anak tetamu semua tak behave, habis keadaan rumah jadi huru-hara
Menerusi video tersebut, seorang pemanggil di radio Kool101 berkongsi situasi yang 'mengerikan' semasa dia membuat rumah terbuka.
Dia memberitahu bagaimana perangai anak-anak tetamu yang hadir membuatkan rumahnya menjadi huru-hara dan tidak beradab.
Menurutnya, kanak-kanak tersebut dilihat berkelompok di mana satu kumpulan bermain di tangga, satu kumpulan bermain di bahagian makanan dan ada juga yang bermain di peti ais.
Apa yang lebih membuatkan dia geram adalah kumpulan kanak-kanak yang dengan sesuka hati mengambil nasi himpit dan berlumba di antara mereka untuk melenyekkannya di atas karpet.
Perkara itu membuatkan dia marah dan menjerit sehingga mereka semua terus beredar.
"Memang saya menjeritlah dekat rumah tu, jadi macam diaorang terperanjat dan akhirnya saya macam tak tahan saya cakaplah kenapa diaorang ni semua perangai macam Tarzan.
"Lepastu bila dah jerit macam tu kan mak-mak diaorang semua minta diri. Oh, kau dah jahanamkan barang dalam rumah aku, kau nak minta diri," ujarnya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!