seismik

Ramai Rasa 'Tertipu' Lepas Mat Salleh Kongsi Chicken Chop Adalah Dari Malaysia Bukan Barat

Ingatkan makanan dari sana.

Cover image via @greggetseverywhere (TikTok) & Salepeaket (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia, selain makanan tempatan, makanan dari negara lain juga menjadi pilihan ramai untuk menjamu selera

Antara yang paling popular sudah tentunya makanan dari negara barat seperti chicken chop. Siapa saja yang tidak suka pada makan ini bukan?

Kebiasaannya, chicken chop akan dimasak dengan cara menggoreng ataupun dipanggang. Di tambah pula dengan sos istimewa yang disediakan. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang mat salleh yang berkongsi asal usul chicken chop yang sebenar.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Tripadvisor

Lelaki ini beritahu chicken chop bukan berasal dari negara barat

Menerusi video tersebut, mat saleh itu memberitahu chicken chop sebenarnya bukanlah berasal dari negara barat tetapi berasal dari Malaysia.

Menurutnya, ia sebenarnya telah diubah suai oleh masyarakat Cina terutama kaum Hainan yang datang ke tanah Melayu semasa zaman penjajahan 90-an yang bekerja sebagai tukang masak untuk kerajaan British pada ketika itu.

Mereka inilah kemudian telah mencipta makanan tersebut yang sehingga hari ini dikenali sebagai chicken chop.

"Ia dicipta untuk kerajaan barat, tetapi ia bukanlah makanan barat. Chicken chop adalah makanan yang patut dibanggakan daripada Malaysia," katanya.

Perkara itu juga membuatkan ada di antara netizen yang merasa 'tertipu' kerana memikirkan makanan ini sebenarnya adalah daripada negara barat.

Lihat antara komen di bawah:

Lihat video itu di bawah:

@greggetseverywhere Replying to @mulkan I’ve realised a lot of people don’t know that chicken chop is Malaysian! #food #foodtok #malaysianfood #malaysia original sound - Greg Larcombe

Oh, macam itu ke cerita dia. Rupa-rupanya dari Malaysia ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: