Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Tindakan Rakyat Thai Ini Kepada Penyokong Malaysia Buat Ramai Orang Kagum. Respect!

Semoga sikap hormat menghormati dan menyantuni antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan agama, bangsa mahupun negara seperti ini sentiasa berkekalan.

Cover image via Expat Go

Skuad Harimau Malaya melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mara ke perlawanan akhir piala AFF Suzuki Cup 2018 selepas menumpas pasukan Thailand pada separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok, semalam, 5 Disember

Image via Twitter @FAM_Malaysia

Tuan rumah iaitu Thailand telah menjaringkan gol pertama seawal minit ke-21 sebelum pemain Malaysia Syahmi Safari menyamakan kedudukan pada minit ke-28.

Pintu gol negara sekali lagi bolos pada separuh masa kedua hasil jaringan Pansa Hemviboon pada minit ke-63 namun dibidas gol cantik oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-71 berjaya menyamakan kembali kedudukan sebelum pengadil meniup wisel penamat.

Image via Twitter @FAM_Malaysia

Dengan kelebihan gol di tempat lawan, Malaysia mara ke final pada 11 dan 15 Disember ini menentang sama ada Vietnam atau Filipina yang akan berentap pada malam ini, 6 Disember, di Stadium My Dinh, Hanoi.

Image via Twitter @FAM_Malaysia

Namun begitu, apa yang menarik perhatian netizen adalah apa yang berlaku di perkarangan stadium sebelum perlawanan bermula

Semalam, viral di Twitter apabila salah seorang penyokong Thailand telah membelanja air mineral kepada penyokong pasukan Malaysia yang telah tunggu berjam-jam lamanya di bawah sinaran matahari yang panas terik.

Sudah menjadi kebiasaan semasa berlangsungnya perlawanan lebih-lebih lagi di peringkat akhir pasti masing-masing akan menunjukkan 'taring' demi mempertahankan pasukan yang disokong. 

Namun apa yang berlaku benar-benar membuatkan bukan sahaja penyokong Malaysia bahkan netizen turut berasa kagum dengan sikap rakyat Thailand.

Image via Twitter @Aweeff

Image via Twitter @Aweeff

Bagusnya! Semoga sikap hormat menghormati dan menyantuni antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan agama, bangsa mahupun negara seperti ini sentiasa berkekalan. :)

Buat Skuad Harimau Malaya, selamat bertanding di final nanti!

Image via Kosmo

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment