Video Pemain Malaysia Berdoa Sambil Menangis Ini Beri Rasa 'Goosebumps' Sampai Ke Tulang

Malaysia Boleh!

Pasukan Harimau Malaya berjaya mara ke pusingan akhir kejohanan AFF Suzuki Cup 2018 semalam setelah terikat 2-2 dengan pasukan Thailand

Image via fbcdn.net

Jaringan peluru dari Syahmi Safari pada minit ke-28 dan rembatan kencang Norshahrul Idlan pada minit ke-71 sudah cukup untuk melayakkan pasukan Harimau Malaya ke pusingan akhir dengan kelebihan 'away goal'.

Perlawanan semi final yang berlangsung di Stadium Rajamangala di Bangkok, Thailand malam semalam sememangnya penuh debaran bermula daripada minit pertama hingga ke detik terakhir.

Image via fbcdn.net

Harapan untuk ke final telah pudar pada minit-minit akhir perlawanan apabila pasukan Thailand dikurniakan sepakan penalti pada minit ke-93

Dua minit sebelum perlawanan berakhir, pasukan Thailand dikurniakan sepakan penalti hasil daripada kesalahan 'handball' oleh Syahmi Safari. Penyerang prolifik Thailand, Adisak Kraisorn menggalas tugas mengambil sepakan tersebut.

Segalanya terletak dalam genggaman Adisak pada ketika itu. Jika sepakan penaltinya berjaya menerjah jaring gol dan menewaskan Farizal, pasukan Thailand secara automatik akan melangkah ke final kejohanan AFF Suzuki Cup 2018.

Image via ytimg.com

Lihat koleksi kemeriahan celebration pasukan kebangsaan setelah muncul sebagai pemenang:

Setelah tamat perlawanan, para pemain sempat berkumpul di tengah padang untuk memanjatkan doa kepada Ilahi

Suasana dan ekspresi yang ditunjukkan para pemain pada masa ini amat memberi impak besar kepada setiap rakyat Malaysia yang menonton. Jelas terpancar di wajah mereka betapa besarnya makna untuk pergi ke perlawanan akhir kejohanan.

Boleh menangis beb.

Tahniah Harimau Malaya! Doa kami sebagai penyokong sentiasa mengiringi perjuangan anda. #MalaysiaBoleh

Sebelum mengakhiri artikel ini, apa kata kita layan dulu dua jaringan mantap dari Syahmi Safari dan Norshahrul Idlan di bawah:

LIKE* Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment