Kasut Emas Comel Macam Kasut Bayi, TMJ Gesa Pihak Yang Terlibat Untuk Segera Letak Jawatan
Jom facepalm ramai-ramai.
Aduhai, kelakar betul bila tengok trofi kasut emas ini
Kenapa kecil sangat tu? Macam tak ikhlas je nak bagi.
Pada Isnin, 5 November 2018, Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 (ABK18) telah dianjurkan bagi menghargai para pemain dan jurulatih
Dalam pada para pemain dan para jurulatih dirai, ada satu perkara lain yang benar-benar menarik perhatian orang ramai.
Tidak lain tidak bukan tentunya trofi kasut emas comel yang dilihat seperti kasut bayi atau lebih tepat, bak sepatu Cinderella.
Disebabkan rekaannya yang terlalu comel, peminat bola sepak telah menjadikannya bahan jenaka dan troll di media sosial.
Laman bola sepak tempatan Semuanya Bola dan Tifo Arena turut tidak lepaskan peluang.
TMJ selaku Pengerusi Malaysia Football League (MFL) berasa amat kecewa dengan isu trofi kasut emas bayi berkenaan
Menerusi Twitter, TMJ menyelar tindakan pihak yang menghasilkan trofi tersebut dan menggesa sesiapa yang terlibat untuk segera meletakkan jawatan.
Selepas 'dijentik' oleh TMJ, barulah pihak MFL tampil untuk memberikan penjelasan sebenar
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan di Facebook, MFL menjelaskan bahawa trofi berkenaan tidak memenuhi standard seperti apa yang diharapkan. Malah, mereka telah mengenal pasti kakitangan yang telah membuat kesilapan dalam pesanan.
Baca di bawah:
Nampaknya, TMJ dilihat berpuas hati dengan kenyataan tersebut dan sempat berseloroh dengan menggelar kasut emas itu sebagai kasut Cinderella