seismik

Netizen Persenda TMJ Gara-Gara Edit Gambar Kasut Harry Kane, Sampai Ada Yang Kena 'Block'

Macam-macam.

Cover image via Twitter

Bulan lepas pada 7 September 2018, penyerang sensasi pasukan Tottenham Hotspur dan England, Harry Kane memuat naik gambar sepasang kasut jenama Nike

Difahamkan, kasut emas itu merupakan keluaran terbaru Nike yang direka khas untuk pemain tersebut sempena perlawanan England menentang Sepanyol di Stadium Wembley.

Nike turut meletakkan logo pasukan England iaitu 'The Three Lions' pada kasut tersebut.

Image via Twitter @HKane

Semalam, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi Twitter dilihat telah memuat naik gambar yang sama, iaitu gambar kasut emas tersebut beserta caption 'Thanks Nike'

Namun, gambar itu ada sedikit perubahan

Jika diperhatikan betul-betul, terdapat perubahan kecil pada gambar yang dimuat naik oleh TMJ itu.

Kali ini, logo 'The Three Lions' pasukan England telah ditukar kepada logo JDT.

Kasut Harry Kane (kiri) dan kasut TMJ

Image via Twitter

Melihat pada gambar tersebut, sesetengah netizen berasa curiga terhadap ketulenannya dan menganggap gambar itu telah pun diedit menggunakan Photoshop

Seorang pengguna Twitter @ashryrazak yang turut berasa curiga bertanya kepada Nike untuk mendapatkan pengesahan tentang kasut emas milik TMJ tersebut

Tanpa disangka, akaun beliau terus di-blocked oleh TMJ

Rupa-rupanya, bukan @ashryrazak seorang sahaja yang menjadi mangsa.

TMJ selepas itu mengakui bahawa gambar itu memang milik Harry Kane, namun berkata Nike turut menghasilkan sepasang kasut emas yang sama, khas buat baginda

Meskipun begitu, netizen teruskan dengan kritikan dan komen sarkastik mereka terhadap post berkenaan

Ini pula jawapan daripada Nike

TMJ bagaimanapun tetap menegaskan bahawa kasut emas itu bakal menjadi miliknya tidak lama lagi

Baginda turut mengakui bahawa gambar itu sengaja diedit begitu bagi memberi gambaran bagaimana rupa sebenar kasut emas itu apabila siap nanti.

Dalam pada itu, baginda juga tidak menyangka kenyataannya itu boleh menjadi bahan bualan hebat dalam kalangan netizen.

"Saya hanya teruja dengan bagaimana kasut itu akan kelihatan nanti dan hanya mahu berkongsi. Itu sahaja," titah baginda.

Jadi, apa komen anda?

Image via imgur.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jom baca lagi tentang Johor DI SINI:

You may be interested in: