seismik

Video 'Johor Hari Ini' Papar Sisi Johor Sebagai Negeri Terhebat Pada 10 Tahun Akan Datang

Paling hebat dan paling berpengaruh, itulah Johor.

Cover image via DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN / Facebook

"Dalam masa 10 tahun akan datang, bermulalah era baru dan kebangkitan sebenar negeri Johor."

Begitulah kata-kata yang diungkapkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa Pembentangan Bajet Johor 2018 yang dilangsungkan pada November 2017 lalu di Kota Iskandar.

Forest City, Johor

Image via Clean Malaysia

Dengan laungan tema 'Membangun Dekad Baharu Yang Sejahtera Untuk Johor', sepuluh tahun akan datang bakal menyaksikan negeri Johor dibangunkan secara besar-besaran, sekali gus menjadikan negeri ini paling berpengaruh dengan masyarakat terbaik dan negeri paling membangun di Malaysia.

Sekarang ini, Johor sudah pun melaksanakan pelbagai inisiatif untuk rakyat dan berada dalam landasan yang tepat bagi mencapai misi tersebut

Daripada pendidikan, pengangkutan, tahap ketersampaian, pembangunan sukan, pembinaan rumah mampu milik, sehinggalah ke tahap keselamatan, negeri Johor kini giat memperkukuh setiap satu aspek demi kesejahteraan hidup rakyat.

Image via JohorPress

Apa lagi yang negeri Johor telah laksanakan? Lihat senarai di bawah:

Pendidikan
- 126 ribu penerima Skim Pinjaman Kitab
- 12 ribu penerima Bantuan Makanan Sihat
- 11 ribu penerima Program Tuisyen SPM YPJ
- 9 ribu kanak-kanak Tabika Kemas mengikuti Program IQFA (Iqra dan Fardu Ain)
- 77 sekolah agama siap dibina, 30 lagi akan dibina

Program Tuisyen SPM YPJ

Image via DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN / Facebook

Johor Yang Terhubung
- 267 ribu pengguna Johor WIFI
- 2.34 juta pengguna Bas Muafakat Johor
- Menerima pelaburan asing terbesar sebanyak RM93 bilion
- Lebih 60 ribu peluang pekerjan

Kecemerlangan Sukan
- JDT pasukan pertama menjuarai Liga Super 4 tahun berturut-turut

Johor WIFI

Image via JohorPress / Facebook

Bas Muafakat Johor

Image via Twitter @JauharOnline

JDT menjuarai Liga Super 4 tahun berturut-turut

Image via JOHOR Southern Tigers / Facebook

Perumahan Johor
- 100 ribu RMMJ (Rumah Mampu Milik Johor) menjelang 2023
- Lebih 16 ribu RMMJ siap dibina
- Lebih 29% keluasan Johor adalah rizab Melayu

Keusahawanan Johor

- 6 ribu penerima Skim Bantuan Usahawan Belia Islam
- Lebih 2 ribu usahawan Program Galakan Usahawan (PGU)

Johor Selamat
- 38% penurunan indeks jenayah sejak 2011

RMMJ

Image via NST Online

Skim Bantuan Usahawan Belia Islam

Image via Perbadanan Islam Johor

Ada banyak lagi pembangunan dan kemudahan yang bakal dibina di negeri Johor. Saksikan video di bawah:

Bersama Membangun Dekad Baharu Johor

Ayuh Team Johor Bersama saya dalam satu bahtera pelayaran yang lebih jauh, membangun Dekad Baharu Johor menjadi negeri dan masyarakat terbaik, negeri paling berpengaruh di Malaysia

Posted by DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN on Friday, February 16, 2018

Untuk lebih maklumat tentang pembangunan Johor dengan infografik menarik dan interaktif, boleh layari Facebook JohorPress.

Amacam? Ada rasa macam nak duduk Johor tak? ;)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bandar ini juga bakal jadi yang terhebat di Malaysia:

Mulai tahun depan, Berjaya Times Square bakal hilang takhta kepada mall terbaru di JB ini:

Dah tahu apa itu EIS?

You may be interested in: