seismik

Apa Sebenarnya 'Employee EIS' Kat Dalam Slip Gaji Terbaru Anda Ini?

Ada faedahnya. ;)

Cover image via Kuang News / Facebook

Baru-baru ini ramai pula orang bercakap tentang EIS di media sosial. Ada yang berasa marah, ada juga yang tak faham apa fungsi sebenar sistem ini.

Kalau anda nak tahu, kerajaan baru saja perkenalkan Employee Insurance System (EIS) atau Sistem Insurans Pekerja (SIP) pada tahun 2018.

Ramai orang tak puas hati kerana SIP ini akan memberi kesan kepada gaji pokok. Atau dalam erti lain, tak cukup dengan EPF dan SOCSO, gaji akan kena potong lagi sedikit untuk SIP.

Jadi apa sebenarnya EIS / SIP ini dan apa manfaatnya? Lihat senarai di bawah:

1. Apa itu EIS atau SIP?

Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan untuk:

  1. Menyediakan bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) kepada pencarum yang hilang pekerjaan.
  2. Membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baru melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.
  3. Meningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang pekerjaan melalui program latihan & latihan vokasional.

2. Siapa yang perlu bayar?

Image via SAYS
  1. Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)
  2. Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan, kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah dibayar sebelum mencapai 57 tahun.
  3. Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00

3. Berapa kadar caruman?

Image via zillow.com

Kadar caruman bagi SIP adalah campuran 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji bulanan pekerja.

Contohnya, jika gaji pekerja berjumlah RM3,000 maka SIP bernilai:

0.2% x 3,000 = RM6.10 (syer pekerja)
0.2% x 3,000 = RM6.10 (syer majikan)

Jumlah = RM12.20

Nota: Jumlah wang yang ditolak daripada gaji hanyalah RM6.10 daripada syer pekerja sahaja.

Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18 Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017.

Rujuk kadar caruman di bawah:

Image via Perkeso

4. Apa kelayakan untuk tuntut?

Semua pekerja swasta / pencarum yang kehilangan pekerjaan layak memohon bantuan kewangan, kecuali:

  1. Perletakan jawatan secara sukarela
  2. Tamat tempoh kontrak perkhidmatan
  3. Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan tanpa terma dan syarat;
  4. Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan;
  5. Persaraan; atau
  6. Penamatan kontrak perkhidmatan disebabkan oleh salah laku.
Bantuan kewangan akan diberi selama 6 bulan maksimum, dan berjumlah RM10,800 maksimum.

5. Macam mana nak tuntut?

  1. Permohonan SIP boleh dibuat secara online di laman web Perkeso dengan mendaftar diri sebagai pencari kerja dan mengisi serta melampirkan borang dan perintah / surat pengesahan.
  2. Permohonan yang lengkap akan diproses dan disemak berdasarkan kelayakan am dan syarat kelayakan caruman.
  3. Kemudian, permohonan tersebut akan disalurkan kepada PERKESO/ JTK / JPP bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan yang berlaku. Setelah kelulusan dibuat, penyediaan baucar dan pemindahan wang akan dibuat terus ke dalam akaun pemohon.

6. Kalau tak bayar boleh tak?

Bagi pekerja yang melanggar peraturan dan didapati bersalah akan dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan didenda maksimum RM10,000.

Untuk maklumat lanjut yang lebih terperinci, sila lihat dua video di bawah:

Boleh juga layari laman web rasmi Perkeso.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah tukar kepada simpanan shariah ke belum?

Pernah dengar tak nama tempat-tempat ini?

You may be interested in: