seismik

Rupa-Rupanya, Nike Hasilkan Bukan Satu Tetapi Dua 'Custom Boots' Untuk TMJ. Memang Wow!

Dua-dua mengancam!

Cover image via Twitter @HRHJohorII

Misteri gambar kasut Harry Kane yang diedit dan dimuat naik oleh TMJ minggu lepas kini sudah terjawab

Bagi yang terlepas, pada 11 Oktober lalu Tunku Mahkota Johor menerusi Twitter telah memuat naik sekeping gambar kasut Nike yang didakwa telah direka khas untuk Johor.

Namun begitu, ramai mengkritik tindakan TMJ itu apabila netizen mendapati bahawa gambar kasut tersebut adalah milik penyerang sensasi Tottenham Hotspur dan England, Harry Kane yang telah diedit.

Jika diperhatikan betul-betul, terdapat perubahan kecil pada gambar yang dimuat naik oleh TMJ iaitu logo 'The Three Lions' pasukan England telah ditukar kepada logo JDT.

Kasut Harry Kane (kiri) dan kasut TMJ

Image via Twitter

TMJ selepas itu mengakui bahawa gambar itu memang milik Harry Kane, namun berkata Nike turut menghasilkan sepasang kasut emas yang sama, khas buat baginda

TMJ turut menegaskan bahawa kasut emas itu bakal menjadi miliknya tidak lama lagi dan tidak menyangka kenyataannya itu boleh menjadi bahan bualan hebat dalam kalangan netizen.

"Saya hanya teruja dengan bagaimana kasut itu akan kelihatan nanti dan hanya mahu berkongsi. Itu sahaja," titah baginda.

Akhirnya, kasut itu telah tiba semalam!

Rupa-rupanya, Nike menghasilkan bukan satu tetapi DUA pasang kasut khas untuk TMJ.

Sepasang kasut yang dihasilkan memang sama seperti kasut Harry Kane; berwarna emas dengan logo JDT.

Kasut TMJ

Image via Twitter @HRHJohorII

Kasut Harry Kane

Image via Pro Direct Soccer

Manakala sepasang lagi dihasilkan dengan inspirasi tiga warna bendera Johor iaitu merah, biru, dan putih. Wow!

TMJ menerusi Twitter berterima kasih kepada Ketua Pemasaran Sukan Nike Malaysia, Ernest Rodrigues kerana menyerahkan kasut khas tersebut kepada baginda

Ernest (kiri) menyerahkan kasut kepada TMJ

Image via Twitter @HRHJohorII

"Hilang semua haters," kata netizen

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tempoh hari, sampai ada yang kena block:

You may be interested in: