Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Bayi Setahun 7 Bulan Hidap Jantung Berlubang Perlu Sumbangan Untuk Biayai Kos Rawatan

Menurut ibunya, mereka memerlukan wang sejumlah RM65,000 hingga RM90,000 untuk membayar kos pembedahan anaknya itu.

Cover image via Berita Harian Online

Seorang bayi yang baru berusia setahun tujuh bulan menderita penyakit jantung berlubang dan memerlukan wang sejumlah RM65,000 hingga RM90,000 untuk membiayai kos rawatan

Image via Berita Harian Online

Bayi itu dikenali sebagai Maya Alisha Mohd Hashrol kini tinggal bersama keluarganya di Indera Mahkota 8, Kuantan, Pahang telah disahkan menghidap penyakit tersebut sejurus dilahirkan dalam keadaan pra-matang ketika usianya enam bulan dalam kandungan.

Menurut laporan, ibunya, Rozita Radzali, 33, menjelaskan bahawa anaknya itu perlu menjalani dua pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) dan ianya akan melibatkan kos yang besar untuk ditanggung.

Ibu Alisha berkata bahawa ketika anaknya itu lahir, beratnya hanyalah 1.5kg dan telah dimasukkan ke hospital selama sebulan untuk rawatan susulan

Ketika di hospital, doktor yang merawat Alisha menjelaskan bahawa bayi itu menghidap jantung berlubang namun keadaan fizikalnya ketika itu masih terlalu kecil dan belum sesuai untuk menjalani pembedahan.

Selepas beberapa kali menemui doktor, ibu dan bapa Alisha diberitahu bahawa sekarang adalah masa yang sesuai untuk anaknya itu menjalani pembedahan di IJN. Jika diikutkan, pembedahan pertama dijadualkan pada pertengahan bulan ini tetapi mereka masih belum memiliki jumlah wang yang diperlukan.

Bapa Alisha, Mohd Hashrol Hasan, 37, hanyalah berniaga minuman dan makanan ringan secara kecil-kecilan di Taman Kerang, Kuantan bagi menampung kehidupan keluarga.

Ibu bapa Alisha dimaklumkan bahawa kos pembedahan pertama dianggarkan RM25,000, manakala pembedahan kedua dan rawatan akan melibatkan kos antara RM40,000 hingga rm65,000

Jumlah sebesar itu sememangnya tidak dapat ditanggung oleh keluarga ini. Oleh itu, mereka memohon agar orang ramai turut menghulurkan bantuan dan sumbangan supaya Maya Alisha dapat dirawat secepatnya dan boleh menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.

Buat orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh terus hubungi Rozita melalui talian 011-11033943.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sama-sama kita hulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment