seismik

Ibu Muda Ini Mohon Orang Ramai Hulurkan Bantuan Untuk Biayai Rawatan Anak Hidap Kanser

Menurut ibunya, anaknya itu kini menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan.

Cover image via Nur Ira / Facebook

Di dunia ini, tidak semua orang berkemampuan terutamanya bila berkait dengan pembiayaan rawatan hospital yang tinggi. Bukan ratusan ringgit, malah mencecah puluhan ribu ringgit.

Seperti nasib seorang ibu muda ini yang dikurniakan seorang anak lelaki berusia 2 tahun dan kini menghidap kanser T Cell Lymphoblastic Lymphoma di mana sel kanser itu telah menyerang di bahagian dada iaitu ada mediastinal mess yg mengganggu saluran pernafasan anak kecil ini.

Afiq dan ibunya, Nur Hazirah.

Image via Nur Ira / Facebook

Kasihan sungguh.

Pada 22 September 2019 yang lalu, Afiq sudah genap berusia 2 tahun. Ibunya hanya mendoakan supaya anak ini bebas dari penyakit kanser ini.

Ada juga orang yang memberikan kejutan buat adik Afiq sempena hari jadinya yang ke-2.

Image via Nur Ira / Facebook

Paling baru, Afiq telah menjalani pembedahan untuk membuang kimopod disebabkan jangkitan kuman pada 11 September 2019 lalu dan pada 1 Oktober 2019, Afiq juga telah ditolak masuk ke dewan pembedahan untuk masukkan kimopod.

Oleh kerana kos pembiayaan anak ini untuk menjalani rawatan kimoterapi menjadi semakin tinggi, ibunya memohon orang ramai supaya turut menghulurkan bantuan

Buat anda yang ingin menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga ini, boleh berbuat sedemikian kepada: Nombor akaun: 7626601184 (CIMB) - Nur Hazirah Bt Nordin.

Semoga anak kecil ini dan keluarga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh seperti kanak-kanak yang lain. Amin...

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: