Bebel Pasal Soalan Mak Cik Bawang, Suara Gadis Ini Speaking Pula Buat Warganet Terpegun
Sedapnya suara dia!
Sejak dulu lagi, masyarakat Melayu sudah terbiasa dengan mentaliti tentang perkahwinan awal dalam kalangan wanita
Bagi mereka, kalau boleh biar anak cepat-cepat kahwin. Kalau kahwin lambat, tak laku katanya. Namun, itu sebenarnya hanya mentaliti lapuk yang sudah tidak relevan lagi untuk diguna pada zaman sekarang.
Hakikatnya, perkahwinan bukan saja sekadar perlukan cinta. Malah, kita perlu bersiap sedia dengan kewangan yang kukuh serta mengenali pasangan betul-betul sebelum hidup bersama.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, seorang gadis menyuarakan pendapatnya mengenai isu kahwin awal dengan speaking telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak faham dengan soalan sesetengah orang terutamanya geng mak cik yang suka suruh kahwin awal
Menerusi video yang dikongsi oleh @venomousvio, kelihatan gadis itu sedang menyuarakan pendapatnya tentang isu kahwin awal iaitu soalan yang sering ditanya oleh orang tua-tua terutamanya geng mak cik.
Namun, apa yang lebih menjadi tumpuan ramai adalah suaranya yang sangat merdu serta fasih berbahasa Inggeris persis seperti orang luar negara.
Malah, ramai yang fikir dia hanya lip sync, tetapi dia tampil memberitahu bahawa itu merupakan suara aslinya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"I will assume this was a video from the original English speaker, power gila! Sedap suara" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.6M views, 188.6K likes dan 4.8K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terpegun mendengar suara gadis itu dan setuju dengan pendapatnya mengenai soalan mak cik bawang.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @venomousvio (TikTok)
Image via @venomousvio (TikTok)
Image via @venomousvio (TikTok)
Image via @venomousvio (TikTok)
Image via @venomousvio (TikTok)
Image via @venomousvio (TikTok)
Image via @venomousvio (TikTok)
Image via @venomousvio (TikTok)
Image via @venomousvio (TikTok)
Image via @venomousvio (TikTok)
Kalau pejam mata serius ingat orang putih manalah tadi bercakap. What a soothing voice! <3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment