Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Bekas Anggota One Direction, Liam Payne Disahkan Meninggal Dunia Di Hotel Argentina

Difahamkan, penyanyi itu terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel.

Cover image via ABC News Huffpost

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekas anggota kumpulan pop One Direction, Liam Payne, 31, dilaporkan mati selepas terjatuh dari tingkat tiga di sebuah hotel

Menurut laporan Berita Harian, jurucakap polis Buenos Aires dilapor mengesahkan berita kematian Payne.

Tidak lama selepas berita kematiannya tersebar, kumpulan peminat berkumpul di lokasi kejadian ketika pasukan perubatan masih berusaha menyelamatkan Payne.

"Liam James Payne, komposer dan gitaris, juga bekas anggota kumpulan One Direction, meninggal dunia hari ini, selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel," katanya.

Image via Forbes

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Perubatan Kecemasan SAME, Alberto Crescenti memberitahu sebuah stesen televisyen (TV) tempatan Payne mengalami kecederaan serius dengan tiada kemungkinan prosedur kecemasan dapat dilakukan terhadap mendiang

Menurutnya, petugas kecemasan bergegas ke lokasi kejadian di Palermo, sebaik mendapat panggilan telefon.

"Pasukan petugas tiba tujuh minit kemudian dan mengesahkan kematian Payne yang kemudian dikenal pasti sebagai seorang penyanyi," katanya.

Payne mengalami keretakan pada bahagian tengkorak akibat terjatuh dari tingkat tiga hotel berkenaan, pada ketinggian yang dianggar antara 13 hingga 14 meter.

Kumpulan One Direction mula mencipta nama pada 2010 apabila sekumpulan remaja iaitu Liam Payne, Niall Horan, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Zayn Malik muncul dalam program realiti British, The X Factor.

Pada 2016, anggota One Direction mengumumkan masing-masing mahu meneruskan karier secara individu, namun, tidak berpecah.

Pada tahun sama, mendiang Payne menerbitkan album solo, mengikut jejak anggota band lain. Terkini, Payne menghadiri konsert Horan di Buenos Aires pada 2 Oktober lalu.

Image via AFP

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment