seismik

KPN Minta Rakyat Malaysia Berjaga-Jaga Jika Ingin Ke Selatan Thailand Sempena Deepavali

Ia berikutan tujuh serangan dan pengeboman di wilayah selatan pada 9 dan 10 Oktober lalu.

Cover image via Astro Awani

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan rakyat Malaysia yang merancang untuk bercuti ke sempadan Thailand agar mengambil langkah berjaga-jaga susulan tujuh serangan dan pengeboman di wilayah selatan pada 9 dan 10 Oktober lalu

Menurut laporan Buletin TV3, beliau berkata rakyat Malaysia juga perlu sentiasa peka dengan perkembangan terkini di negara berkenaan terutama di wilayah selatan yang bersempadan.

"Saya percaya ramai rakyat Malaysia akan pergi ke wilayah selatan Thailand sempena cuti Deepavali yang akan datang.

"Selain meminta mereka lebih berhati-hati, saya juga ingin menasihatkan pelancong Malaysia supaya, jika boleh, mengelakkan kawasan yang menjadi sasaran pihak yang terbabit dalam serangan," katanya.

Image via Buletin TV3

"Rakyat Malaysia juga perlu mendapatkan maklumat terkini sebelum merancang bercuti ke negara berkenaan," katanya lagi.

Sebanyak tujuh serangan dan pengeboman yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemberontak di wilayah selatan Thailand dalam tempoh 24 jam bermula 9 Oktober telah mengakibatkan kematian seorang anggota polis dan seorang penduduk

Difahamkan, serangan terbabit mensasarkan pasukan keselamatan di wilayah Narathiwat, Yala, dan Pattani.

Sebagai rekod, ribuan rakyat Malaysia sering mengunjungi selatan Thailand terutama pada cuti sekolah dan cuti umum, biasanya melalui sempadan Kelantan, Perlis, dan Kedah.

Selain membeli-belah, pelancong Malaysia juga tertarik dengan pelbagai makanan Thailand yang dianggap lazat dan murah.

Image via Harian Metro

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: