"Beli Dekat Shopee" - Gara-Gara Ikut Trend, Gadis Ini Malu Terserempak Orang Baju Sama
Vest ni memang ramai ada!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pakaian mengikut trend menjadi kegemaran setiap perempuan yang sukakan fesyen
Namun begitu, kebiasaanya ramai yang memiliki pakaian mengikut trend ini. Bukan apa, kadang harganya murah dan selesa dipakai itu telah menarik perhatian ramai.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis terpaksa menahan malu apabila baju yang dipakai sama dengan orang awam itu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terpakai vest sama jenis, warna saja yang berlainan
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan remaja sedang bersiar-siar di pusat beli-belah KLCC.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang gadis tersipu malu apabila terjumpa orang awam yang memakai baju sama sepertinya.
Baju vest yang sama tetapi berlainan warna itu telah membuatkannya mengelakkan diri daripada terserempak dengan orang itu.
Dengan video yang berkapsyenkan, "member dah insaf beli vest knitwear kat Shopee" itu mengundang tawa netizen.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
"Kalau aku jumpa yang sama baju, memang aku ajak ootd" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gadis itu disakat oleh rakannya. Malah, ramai yang berkongsi pendapat mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 1.1M tontonan, 88K tanda suka dan 900 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @shahirimrann (TikTok)
Image via @shahirimrann (TikTok)
Image via @shahirimrann (TikTok)
Image via @shahirimrann (TikTok)
Nampaknya memang ramai yang ada vest ni ya. Jom OOTD! :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment