seismik

[VIDEO] Petir Di Tepi Highway, Netizen Seram Sikit Lagi Nak Terpanah Penunggang Motosikal

Allahu, panjang umur dia!

Cover image via @kejutartora (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pengguna jalan raya perlu sentiasa memastikan keselamatan masing-masing semasa di atas jalan raya

Namun begitu, faktor lain seperti cuaca memang tidak dapat dihindarkan. Ia bukan saja mengakibatkan penglihatan anda tidak jelas, malah kadangkala memang membahayakan semua pengguna jalan raya. Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati apabila memandu semasa hujan lebat. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan panahan petir dahsyat berlaku di tepi lebuh raya mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@kejutartora

Live depan mata td. Bunyi mcm bom.... #dashcam #flash #myvideo

original sound -

Sikit lagi nak terpanah dekat penunggang motosikal

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah rakaman daripada dashcam sebuah kereta yang dipandu di sebuah lebuh raya. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila terdapat panahan petir dalam rakaman tersebut. Petir itu memancar di kawasan hutan sehingga ternampak api membara. 

Lebih menyeramkan lagi adalah apabila kelihatan seorang penunggang motosikal lalu di sebelahnya sebaik saja petir itu terpancar. 

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

@kejutartora

Reply to @izalmailzal84 Sorry bang. timing x sama dgn front cam. Rear cam ±20 saat ke dpn sbb edit pakai capcut guna overlay. Split x sama.

original sound -

"Panjang umur penunggang motor tu, lewat sikit je" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa seram setelah melihat rakaman itu. Malah, ramai yang memuji penunggang motosikal kerana dapat mengawal keadaan. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 946K tontonan, 65K tanda suka dan 1K komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seramnya tengok petir live depan mata! :(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: