[VIDEO] Tolong Member Tersangkut Dalam Tanah, Seluar Terkoyak Pula Undang Tawa Netizen
Adoi, kesian member!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap pekerjaan mempunyai cabaran masing-masing yang perlu dihadapi
Tidak dinafikan, mereka yang bekerja outdoor menghadapi cabaran lebih besar berbanding mereka yang bekerja di dalam bangunan. Hal ini disebabkan cuaca yang tidak menentu, kadangkala panas kadang pula hujan lebat.
Sama seperti video pekerja yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki tersangkut dalam tanah semasa bekerja telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dua rakan tolong member yang tersangkut, tapi lain pula kesudahannya
Menerusi video berkenaan, kelihatan tiga orang lelaki sedang bekerja di sebuah kawasan perladangan.
Apa yang lebih menarik perhatian ramai apabila salah seorang pekerja tersangkut dalam tanah akibat hujan lebat menyebabkan lumpur menjadi lebih jerlus. Dua lagi rakannya bertindak untuk cuba menolongnya, tetapi lebih menghiburkan lagi adalah apabila seluarnya terkoyak akibat ditarik dengan kuat.
Mereka bertiga tidak berhenti gelak setelah kejadian itu. Pada akhir video, lelaki itu berjaya keluar setelah rakannya cuba menarik beberapa kali.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
"Ni la namanya sahabat, gelak bagi puas dulu, baru tolong" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka. Malah, ramai juga bersimpati dengan lelaki yang tersangkut dalam tanah itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 1.2M tontonan, 71K tanda suka dan 3K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: