"Kena Scam Hantu" - Pesakit Meninggal 3 Tahun Lalu, Frontliner Terkejut Terima Panggilan
Meremang bulu roma!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Frontliner sudah tentunya menggalas tanggungjawab yang besar dalam masyarakat
Mereka bertugas tidak mengira siang atau malam, jika dapat panggilan daripada pesakit, frontliner perlu bergegas membawa ambulan ke rumah pesakit untuk menyelamatkan nyawa mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang frontliner mendapat panggilan pesakit yang telah meninggal 3 tahun lepas telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mula pelik sebab sampai rumah takda orang yang jawab salam
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang frontliner sedang menceritakan pengalamannya pada tahun 2017 semasa bekerja waktu malam.
Dia mendapat panggilan daripada seseorang yang menyatakan nama dan alamat pesakit yang tidak sedarkan diri dalam rumah. Dengan tidak berfikiran panjang, frontliner itu bergegas pergi ke rumah pesakit yang mengambil masa selama 15 minit dengan rakan kerjanya.
"Sampai je saya ke rumah berkenaan, rumah gelap. Bagi-bagi salam tak menyahut-nyahut. Saya kemudian menelefon kembali ke klinik untuk menyemak alamat rumah. Semuanya betul", katanya.
“Bila saya hubungi kembali nombor pesakit, tiada dalam perkhidmatan. Cemas rasanya. Sedang bercakap dengan pemandu, tiba-tiba dengar bunyi burung hantu dari atas bumbung rumah. Saya pandang pemandu, pemandu pandang saya… Lari balik meninggalkan rumah itu.” katanya.
"Kesian hantu zaman sekarang ni, dia bosan takda orang lalu, dia call suruh orang datang pulak" - Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa seram. Malah, ramai yang menyakat abang frontliner itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 380K tontonan, 56K tanda suka dan 1K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: