"Asalkan Tinggi" - Minta Tolong Edit Gambar Lambung Anak, Ibu Terhibur Lihat Hasilnya
Netizen Malaysia tak pernah tak kreatif!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mengambil gambar semestinya telah menjadi rutin harian setiap orang
Iyalah, Iyalah, kita mesti nak jadikan gambar itu sebagai kenangan pada masa akan datang. Bolehlah kalau nak throwback atau mengimbau kembali kenangan dulu. Tidak dinafikan, ramai juga yang suka menyunting foto selepas menangkap gambar supaya ia lebih cerah dan menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok tentang seorang pemuda yang terhibur melihat hasil kreatif netizen menyunting gambarnya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Hasil kreatif netizen buat semua terhibur apabila disuruh edit gambar
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita memuat naik gambar suami bersama anakya di group Facebook 'Edit Apa Hari Ni?'.
Apa yang menghiburkan adalah apabila netizen menghasilkan gambar yang kreatif setelah wanita itu menyuruh mereka edit semula gambar berkenaan. Gambar yang dihasilkan kelihatan anaknya dilambung dengan tinggi.
"Malaysia kalau bab edit mesti tak serious" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat hasil gambar yang telah disunting.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 1.1M tontonan, 152K tanda suka dan 2K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: