Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Belum Reda Isu Berhentikan Anak Sekolah, Zul Yahya Kembali Hangat Ulas Pasal Vaksin Pula

Makin hangat isu Zul Yahya ni.

Cover image via @zulyahya70 (Instagram)

Baru-baru ini kecoh mengenai isu bekas pelakon Zul Yahya mengambil keputusan untuk memberhentikan anak-anaknya daripada meneruskan persekolahan kerana meletakkan ilmu akhirat sebagai keutamaan hidup

Dia sebelum itu telah memuat naik posting di Instagram miliknya memberitahu tindakannya untuk memberhentikan anak-anak daripada sekolah adalah dirasakan paling tepat buat masa ini.

Menurut sumber, dia menjelaskan pada hari ini masyarakat lebih mengejar duniawi berbanding ilmu agama yang dituntut oleh Nabi Muhammad SAW.

“Buat masa sekarang lebih baik saya letakkan ilmu akhirat sebagai keutamaan buat anak-anak," katanya.

Image via @zulyahya70 (Instagram)

Kembali jadi bualan selepas lantang ulas tentang vaksin

Namun, nama Zul Yahya sekali lagi kembali menjadi bualan ramai apabila terbaru dia memuat naik kenyataan di laman Instagram miliknya tentang vaksin yang sudah lama diperolehi oleh umat Islam.

Dia telah menyatakan bahawa habatus sauda dan madu itu merupakan vaksin terbaik untuk umat Islam tetapi, masih ramai di luar sana yang percaya dengan perubatan lain.

Lihat perkongsian tersebut di bawah:

Image via @zulyahya70 (Instagram)

Kenyataan itu sekali gus telah mengundang perdebatan dalam kalangan netizen dan ramai yang memberikan teguran kepadanya kerana kecewa dengan perkongsian tersebut.

Terdahulu, Zul Yahya juga telah menjadi perdebatan ramai kerana mengulas isu tentang adab menjaga tertib dan makan tak berdiri di Instagram Live miliknya.

Menurutnya, kehidupan seseorang yang tidak sihat berpunca daripada makanan. Malah, dia memberitahu jika kesemua sunnah dapat diamalkan serta pemakanan dijaga, pasti doktor pun boleh rehat.

"Jika kita jaga, hidup amalan sunnah, makan dengan tertib, bukan berjalan sambil makan, insya-Allah"

"Tengok berapa ramai orang ambil berat tentang ini. Benda ini kecil bagi kita tapi besar impaknya. Pemakanan kena jaga jangan main tibai," katanya.

Panas betul isu ni ya. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik jelah :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment