seismik

[VIDEO] Nikah Umur 18 Tahun, Gadis Ini Tak Sangka Suami Beri Kereta Mewah Sebagai Hadiah

Terharu tengok usaha suami dia.

Cover image via @ayunieso (TikTok)

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara kita, ramai bakal pengantin yang menghadapi kesukaran untuk bernikah

Namun, sekarang sedikit demi sedikit kerajaan telah melonggarkan keputusan tersebut buat bakal pengantin untuk bernikah mengikut standard operation procedure (SOP).

Orang kata, nikah semasa PKP ini lebih menjimatkan berbanding membuat majlis kerana bilangan tetamu yang sedikit dan tidak perlu melakukan banyak perkara.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila sepasang pengantin telah viral dan mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ayunieso24

Tq suami , supprise kan MUSTANG pd hari perkahwinan kita hari ni , walaupon usia kita baru 18 tahun! Nt yuni akn cerita mcm mana kami capai tahap ni

original sound - ayunieso

Tak tahu suami akan beli kereta sebagai hadiah hari perkahwinan

Menerusi video tersebut, difahamkan kedua pengantin itu baru berusia 18 tahun dan telah memuat naik momen indah di hari perkahwinan mereka.

Sebelum itu, pengantin perempuan disuruh untuk menutup mata kerana si suami mahu memberikan kejutan istimewa buatnya.

Suaminya kemudian membuka ikatan kain tersebut dan membuat kejutan dengan memberi hadiah kereta mewah buatnya. Difahamkan, suaminya juga telah membeli kereta tersebut secara tunai.

Gadis itu juga ada menceritakan bagaimana mereka berdua boleh mencapai ke tahap sedemikian.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ayunieso24

"Jangan takut kawin pada usia muda, insyallah rezeki ALLAH da tetapkan untuk kita ". Korang nak tahu ke siapa SIFU yuni ?

original sound - ayunieso

"Aku umur 18 tahun tengah susah hati nak exam" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga terkejut dengan hadiah yang diberikan oleh lelaki tersebut dan menyifatkan gadis itu beruntung.

Malah, ramai yang mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan dan ada juga yang berharap agar mendapat lelaki yang ikhlas menyayangi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 284.2K likes, 3,844 comments dan 11.2K shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bukan biasa-biasa hadiah suami dia bagi ya. Untungnya si isteri :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: